Tempatan

Kemasukan Konsert Luar Negara Harus Menghormati Sensitiviti Masyarakat Malaysia – Fahmi Fadzil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 – Kemasukan artis luar negara haruslah menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia, jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau yang menjawab kepada pertanyaan daripada Tuan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) itu berkata, agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta jawatankuasa di bawahnya iaitu JK-PUSPAL amat menitikberatkan elemen-elemen yang berkait dengan sensitiviti masyarakat berhubung penganjuran konsert bagi artis dari luar negara.

BACA JUGA: Hampir 5,000 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Cabul Gereja Katolik

BACA JUGA: Namewee Gesa ‘Halalkan’ Pelacuran & Polis Tangkap Pencuri, Pembunuh Jika Berani

BACA JUGA: Rusuhan Kuil Mariamman & Kematian Adib: Pendakwaan Tutup Kes

Katanya, setiap permohonan yang dikemukakan akan dipertimbangkan berdasarkan aspek nilai moral dan adat ketimuran, aspek keselamatan negara termasuklah aspek-aspek lain yang berkaitan.

Kesemua syarat yang ditetapkan wajib dipatuhi oleh pihak penganjur dan sebarang ketidakpatuhan mahupun pelanggaran syarat ketika acara berlangsung boleh dikenakan tindakan pentadbiran seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan PUSPAL (GPP), jelasnya.

Mengulas dengan lebih lanjut, setiap permohonan acara konsert yang diterima turut akan dilakukan semakan yang meliputi rekod jenayah individu oleh pihak Cawangan Khas, PDRM, rekod isu kontroversi yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai dan penilaian terhadap penganjuran konsert yang terdahulu.

Bukan itu sahaja, bilangan pengikut di media sosial artis berkenaan juga akan didapatkan bagi tujuan penilaian implikasi diikuti dengan memastikan fahaman yang dibawa artis tersebut tidak bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia termasuklah aspek pemakaian harian artis tersebut.

Sebelumnya, Fadhli mengemukakan pertanyaan berkait pendirian Kerajaan dalam penganjuran konsert-konsert artis luar negara serta hasrat Kerajaan dalam mewujudkan garis panduan tertentu supaya persembahan di negara ini selari dengan norma-norma hidup rakyat Malaysia.

Terdahulu, Fadhli Shaari yang juga Ketua Pemuda PAS menggesa pihak Kerajaan untuk membatalkan serta menarik semula kebenaran penganjuran konsert yang melibatkan artis antarabangsa di negara ini.

Bagaimanapun, Fahmi dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 2023 semalam berhujah bahawa Kerajaan tidak menghalang mana-mana artis luar negara untuk membuat persembahan di negara ini kerana pihak Kerajaan berpandangan bahawa kemasukan konsert dari luar negara ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selain membantu dalam perkembangan industri kreatif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: