Antarabangsa

Sekolah Agama & Madrasah Diharamkan! 2.7 Juta Pelajar Terjejas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 25 Mac 2024 – Mahkamah India mengharamkan sekolah agama dan madrasah di Uttar Pradesh mengakibatkan seramai 2.7 juta pelajar terjejas.

Media melaporkan, baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Allahabad membatalkan undang-undang 2004 yang mengawal madrasah di negeri itu kerana melanggar sekularisme perlembagaan India sekali gus mengarahkan pelajarnya pindah ke sekolah konvensional.

Selain pelajar, keputusan tersebut turut menjejaskan 10,000 guru di 25,000 buah madrasah di Uttar Pradesh, di mana satu per lima daripada 240 juta penduduknya beragama Islam.

Dalam pada itu, mahkamah tidak menetapkan tempoh masa penutupan madrasah namun ia tidak mungkin ditutup serta-merta.

Jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) Uttar Pradesh, Rakesh Tripathi pula mendakwa, “Kami tidak menentang mana-mana madrasah tetapi kami menentang amalan diskriminasi. Kami menentang pembiayaan haram dan kerajaan akan memutuskan tindakan selanjutnya selepas meneliti perintah mahkamah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: