Politik

PRN Selangor: Kemenangan PN Boleh Dilihat Sebagai Referendum Tolak PM, Tidak Mustahil – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2023 – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini boleh dilihat sebagai referendum terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan ia ‘tidak mustahil sepenuhnya’, ujar Khairy Jamaluddin.

Lapor portal tempatan, Khairy berkata Pakatan Harapan (PH) masih boleh memegang Selangor walaupun dilihat sebagai perjuangan kalah untuk menarik sokongan Melayu. Bagaimanapun, PH bersama Barisan Nasional (BN) mungkin mendapat sokongan padu daripada pengundi bukan Melayu serta kira-kira 37% sokongan Melayu.

“Senario ini masih akan menyaksikan PH-BN menguasai 34 kerusi berbanding PN 22 kerusi,” katanya.

BACA JUGA: Pahang Tubuh Unit Peronda Hidupan Liar, Pantau Kegiatan Langgar Akta

BACA JUGA: Bekas Ahli Parlimen Mahu SKMM ‘Unblock’ Blog Beliau, Atau Ke Mahkamah

BACA JUGA: Hampir 1,000 Tentera Simpanan Zionis Israel ‘Tarik Diri’, Protes Kerajaan Netanyahu

Walaupun sokongan Melayu kepada PH menurun 5%, ia akan menyaksikan PN berkuasa di Selangor, tambah beliau.

“Dalam kes ini, PH-BN akan memenangi 27 kerusi dan PN akan memenangi Selangor dengan 29 kerusi. Ini menunjukkan bahawa hanya peralihan sederhana dalam sokongan Melayu sebanyak 5% berbanding senario sebelum ini diperlukan untuk melihat PH-BN kehilangan Selangor.”

Mengulas lanjut, laporan turut menyebut bahawa kehadiran orang ramai di acara PN baru-baru ini telah meningkatkan keyakinan gabungan itu akan menawan Selangor.

Kira-kira puluhan ribu telah berhimpun di Taman Medan, Petaling Jaya, di mana Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengumumkan 56 calon akan bertanding pada PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: