NGO

1.2 Juta Pelancong China Hilang, Kerajaan Mesti Bertindak! – Dato’ Zainul Rijal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 – “Saya mendesak pihak Kerajaan supaya mengambil tindakan yang bersepadu untuk menyiasat dan menyelesaikan perkara ini, sebab ia telah dinyatakan dengan jelas di dalam hansard di dalam Parlimen,” desak Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengenai isu 1.2 juta warga China yang dikesan tidak keluar dari negara ini selepas masuk di antara tempoh 2018 hingga 2021.

Presiden PPMM itu menyeru agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JPM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya untuk melaksanakan siasatan dan mengemukakan jalan penyelesaian secara bersepadu.

“1.2 juta rakyat asing yang masuk ke Malaysia dan tak keluar sehingga ke hari ini adalah satu perkara yang sangat menggemparkan kita semua. Dan ini akan melibatkan isu-isu kedaulatan kita, kerakyatan dan banyak perkara-perkara sampingan dari sudut sosial, ekonomi dan juga dari sudut kejiranan dan sebagainya,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, peguam tersebut menegaskan bahawa perkara ini sangatlah penting bagi kita memastikan agar tiada seorang pun warga asing yang masuk ke dalam bumi Malaysia ini dan menetap di sini tanpa mengikut undang-undang.

“Kalau mereka mahu tinggal dan menetap di Malaysia, mereka perlu masuk dengan saluran undang-undang seperti memohon menjadi warganegara, penduduk tetap. Kita ada banyak program-program seperti ‘Malaysia Second Home’ dan sebagainya untuk mereka tinggal,” jelas Dato’ Zainul Rijal yang memberi cadangan kepada warga asing yang ingin bermastautin di negara ini.

Tambah beliau, 1.2 juta warganegara China masuk ke Malaysia tidak keluar sehingga ke hari ini kita tidak tahu di mana mereka berada. Mungkin di sebelah kita, mungkin menjadi jiran kita dan sebagainya.

“Ini memberikan implikasi yang sangat besar dari sudut ekonomi, undang-undang dan sebagainya,” ujar beliau sekali gus menutup kenyataannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: