Tempatan

Lebih 40,000 Penolong Pegawai Perubatan Diperlukan Negara Menjelang 2025

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 Mac 2023 – Seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) diperlukan menjelang 2025, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Jumlah PPP itu diperlukan berdasarkan unjuran bilangan penduduk Malaysia yang dijangka seramai 36 juta orang pada tahun tersebut.

Ketika ini bilangan PPP di seluruh negara berjumlah 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk dan seramai 18,438 PPP berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM) sementara 4,891 orang berada di sektor swasta.

BACA JUGA: Guan Eng Nafi Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Syed Mokhtar Al-Bukhary

BACA JUGA: Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Berlaku Isnin Ini

BACA JUGA: 3 Mei, Penentuan Nasib Siti Bainun

“Kekurangan PPP menyebabkan peningkatan beban kerja, PPP sedia ada bekerja lebih masa dan secara tidak langsung ia boleh menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Pembantu Perubatan Ke-12 2023 peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM) pada Jumaat baru-baru ini.

Tambahnya lagi, bilangan PPP atau pembantu perubatan yang memiliki ijazah juga masih kecil iaitu kurang daripada 10 peratus dan sasaran KKM adalah 75 peratus daripada mereka memiliki ijazah menjelang 2030.

“Peningkatan tahap pendidikan akan berupaya meningkatkan tahap pengetahuan dan kompetensi sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan.”

Justeru, beberapa sesi libat urus diadakan antara Cawangan Perkhidmatan PPP dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan beberapa universiti awam dan swasta untuk membuka lebih banyak program ijazah pertama bagi PPP, maklum Lukanisman lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: