Antarabangsa

Strawberi Dipercayai Punca Wabak Hepatitis A Merebak Di US & Canada

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 01 Jun 2022 – Laman Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan mengenai jangkitan kes Hepatitis A yang meningkat di beberapa buah negeri termasuk Kanada yang berkemungkinan disebabkan oleh strawberi organik segar dalam pasaran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FDA itu, strawberi organik segar dengan label Freshkampo dan HEB yang dijual di pasaran sepanjang 5 Mac 2022 hingga 25 April 2022 2022 berkemungkinan menjadi punca jangkitan Hepatitis A meletus di sana. Kenyataan tersebut dibuat bersama dengan Agensi Kesihatan Awam Kanada dan Pusat Pengendalian Dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, FDA turut menyarankan kepada pengguna, restoran, dan peruncit agar tidak menjual atau menghidangkan mana-mana makanan yang mengandungi strawberi organik segar dengan jenama Freshkampo dan HEB. Pembeli yang telah membeli dan kemudian membekukannya, dicegah dari memakan strawberi tersebut malah, ia perlu dibuang serta merta.

Jika mana-mana pengguna yang secara tidak sengaja membeli serta memakan buah tersebut dalam masa dua minggu dan belum diberi vaksin hepatitis A, mereka perlu segera berjumpa dan mendapatkan pandangan pegawai kesihatan bagi menentukan sama ada mereka memerlukan profilaksis pasca pendedahan (PEP) ataupun tidak.

Berdasarkan kenyataan yang sama, PEP disyorkan buat orang yang tidak divaksinasi yang telah terdedah kepada virus hepatitis A dalam dua minggu yang lalu kerana vaksinasi boleh mencegah jangkitan Hepatitis A jika diberikan dalam tempoh 14 hari selepas pendedahan.

Laman Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) mengingatkan orang ramai agar menghubungi pembekal penjagaan kesihatan jika mereka mula merasakan bahawa mereka mungkin mengalami simptom jangkitan Hepatitis A selepas memakan strawberi organik segar tersebut atau jika mereka dipercayai makan strawberi berkenaan dalam masa dua minggu yang lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: