Antarabangsa

China Keluar Amaran Kemarau Kebangsaan Selepas Suhu Panas Ekstrim Berminggu-Minggu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 20 Ogos 2022 – China mengeluarkan amaran kuning kebangsaan iaitu amaran kemarau yang pertama tahun ini susulan wilayah dari Sichuan hingga ke Delta Yangtze, Shanghai, mengalami suhu panas ekstrim selama berminggu-minggu.

Amaran kemarau yang dikeluarkan semalam itu disifatkan Kerajaan adalah disebabkan fenomena perubahan iklim global.

Berikutan suhu panas ekstrim selama berminggu-minggu itu, infrastruktur dan perkhidmatan kecemasan wilayah Chongqing berdepan tekanan yang kian meningkat, dengan anggota bomba berjaga-jaga sekiranya berlaku kebakaran gunung dan hutan yang meletus di seluruh wilayah tersebut.

Kerajaan negara China juga melaporkan peningkatan kes strok haba, Pusat Meteorologi Kebangsaan China (NMC) pula memperbaharui amaran tahap merah iaitu peringkat tertinggi, yang sudah masuk hari ke 30 berturut-turut.

Selain itu, agensi ramalan di peringkat negeri menjangkakan gelombang haba ketika ini hanya akan kembali reda pada 26 Ogos depan.

Dalam pada itu, salah satu lembangan penting Yangtze di wilayah Jiangxi di tengah China, Tasik Poyang kini telah mengecil kepada satu perempat daripada saiz normalnya pada tahun ini.

Agensi berita China turut melaporkan sebanyak 66 sungai merentasi 34 daerah di wilayah barat daya Chongqing telah kering dan peratusan hujan di Chongqing turun 60 peratus berbanding musim biasa dan tanah di beberapa daerah berdepan masalah kurang lembap.

Biro Cuaca China berkata, daerah Beibei di utara pusat bandar Chongqing menyaksikan kenaikan suhu mencecah 45 darjah Celsius, menjadikan ia antara enam daripada 10 lokasi paling panas di China semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: