PRU-15

PRU-15: Empat Salah Laku Rasuah Dilaporkan Kepada SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 November 2022 – Setakat ini, dilaporkan sebanyak empat laporan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) telah diterima oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan laporan media, antara laporannya adalah dakwaan aktiviti pancing undi seperti pemberian wang oleh pihak tertentu serta pendedahan kes salah laku rasuah.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim memaklumkan, setiap laporan yang diterima sedang disiasat pihaknya terutama laporan yang berkaitan rasuah.

SPRM sebelum ini telah melancarkan bilik gerakan di seluruh negara supaya orang ramai dapat menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada PRU-15.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected].

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: