Tempatan

Kes Penculikan Berpunca Daripada Sikap Ibu Bapa Sendiri – Presiden PEKA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 29 September 2022 – “Saya berpandangan kes penculikan yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak ketika ini berpunca daripada sikap ibu bapa itu sendiri,” ujar Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir baru-baru ini.

Beliau berkata, “Apabila berada di tempat awam ataupun tempat tumpuan ramai, saya lihat ibu bapa leka dan lalai dengan gajet tanpa memberi tumpuan terhadap anak-anak.”

Kelekaan tersebut membuka ruang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah terhadap anak-anak sekali gus menyebabkan ibu bapa sendiri lambat sedar jika anak hilang atau tiada di sisi.

Justeru itu, bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa culik, beliau berharap agar ibu bapa mengubah sikap mereka dan memberi keutamaan kepada anak-anak ketika berada di kawasan tumpuan ramai.

Pihak berkuasa juga diminta meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekolah-sekolah atau lokasi tumpuan bagi ‘meredakan’ kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak berkaitan dakwaan culik yang semakin berleluasa ketika ini.

PEKA turut menggesa dan merayu ibu bapa tidak lalai dengan gajet sehingga mengabaikan anak-anak terutamanya ketika berada di tempat awam.

Samudera.my sebelum ini melaporkan bahawa Polis Gombak mengesahkan pihak mereka menerima laporan berhubung kejadian pelajar sekolah di Rawang yang dipegang serta ditutup mulutnya sewaktu hendak pulang dari sekolah beberapa hari lalu.

Siasatan mengenai kejadian tersebut akan dijalankan, kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed,

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: