Antarabangsa

Disembelih Akibat Tolak Lamaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MESIR, 22 Jun 2022 – Seorang pelajar lelaki Universiti Mansoura bertindak menyembelih seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Nayera Ashraf di hadapan pintu pagar Fakulti Kesenian institusi itu kerana enggan mengahwininya.

Menurut saksi, pemuda yang dipercayai pelajar kesenian tahun ketiga itu menikam mati wanita tersebut semasa wanita itu dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah.

Jelasnya, pemuda tersebut bertambah agresif apabila orang ramai cuba menangkapnya lalu bertindak menyembelih wanita itu.

Terdapat juga sumber mengatakan wanita itu dibunuh semasa menuruni bas yang membawanya dari bandar Mahalla.

Berikutan kejadian mengerikan itu, Pendakwa Raya Mesir mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan dan menggesa rakyat supaya tidak menyebarkan video mengenai kejadian itu.

Susulan kejadian tersebut, seluruh platform media sosial Mesir dibanjiri dengan hashtag #جامعهالمنصوره (Universiti Mansoura) dan #حقنيرة_أشرف (Keadilan untuk Nayera Ashraf).
(#universiti mansoura)
(#keadilan untuk nayera ashraf)

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: