Tempatan

Larang Pondan Masuk Masjid. SIS Mahu Mufti Hormat Perlembagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2021- Sisters in Islam (SIS) mahu para mufti dan badan berkuasa agama agar menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua rakyat Malaysia, termasuk transgender.

Menurut SIS, fatwa dan kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti akhir-akhir ini sangat berbahaya dan boleh mengundang rasa tidak selamat khususnya kepada transgender.

Malah, fatwa melarang transgender memasuki masjid juga bercanggah dengan perkara-perkara dalam Perlembagaan seperti Perkara 9 dan Perkara 10.

“Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk bergerak. Transgender tidak lagi bebas dan selamat untuk memasuki masjid setelah fatwa dan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh Mufti yang pastinya akan mengundang reaksi dari jawatankuasa masjid serta para jemaah,” kata SIS lagi dalam kenyataan media mereka.

Bukan itu sahaja, menurut NGO ini, tidak terdapat dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang melarang seorang mukhannats daripada memasuki masjid.

“Justeru, fatwa dan kenyataan para Ashab Al Samahah Mufti ini bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan bahkan sangat jauh dari tradisi Islam yang inklusif.”

Atas sebab ini, SIS mahu kerajaan memandang serius usaha-usaha pencabulan dan penafian hak yang dilakukan oleh institusi agama, sebuah institusi yang dibiayai oleh wang rakyat termasuk para transgender.

“Kami sekali lagi berharap para mufti tidak melampaui bidang kuasanya dan menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara yang menjamin bukan sahaja hak kewarganegaraannya bahkan sesiapa sahaja untuk tidak didiskriminasi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: