Tempatan

Kartel Kawal Kuota Umrah: Enam Direman, Rasuah RM10.8 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 Februari 2023 – Enam individu direman empat hari selepas dipercayai terlibat dalam sindiket kawal kuota umrah, melibatkan penerimaan rasuah sebanyak RM10.8 juta.

Menurut laporan, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin terhadap individu-individu berkenaan, termasuk pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan.

Lapor sumber, kesemua suspek ditahan berasingan dalam operasi khas di Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor sekali gus dibawa ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya untuk diambil keterangan.

“Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah berjumlah RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket bagi jemaah umrah. Bayaran ini bagi memastikan agensi-agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan yang dijadualkan,” ujar sumber.

BACA JUGA: Sekatan Lori Cameron Highlands, Harga Sayur Mungkin Naik

BACA JUGA: Ambil Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing – SUHAKAM

BACA JUGA: Perolok Gempa Turkiye, Charlie Hebdo ‘Diajar’ Kartunis Turkiye

Tambahnya, agensi pelancongan umrah terpaksa membayar kos rasuah berkenaan bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapat tempat duduk dalam penerbangan. Ia juga merupakan salah satu faktor kenaikan harga tiket penerbangan umrah kebelakangan ini.

Berdasarkan siasatan awal, sindiket ini telah menjalankan kegiatan mereka sejak 2018 dan sehingga kini, sebanyak 216,000 tiket diagihkan dengan bayaran rasuah RM10.8 juta.

Mengulas lanjut, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan enam individu tersebut dan berkata, “Kami menjangkakan lebih ramai individu akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: