Tempatan

Media English Sudah Mulakan Naratif Siege Mindset – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 07 April 2022 – Peguam, Lukman Sheriff Alias menjelaskan bahawa media bahasa Inggeris sudah memulakan naratif minda terkepung (siege mindset) bagi memecahbelahkan kita. Menurut beliau, naratif pecah belah ini telah berjaya dilaksanakan dalam beberapa pilihan raya yang lepas.

Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook milik beliau itu turut memaklumkan bahawa siege mindset yang ingin diarusperdanakan sudah berlaku secara berulang kali pada setiap tahun kerana Pusat KOMAS akan mengeluarkan Laporan Rasisma bagi membentuk naratif rasisma mereka.

“Walaupun bukan semua laporan KOMAS salah tetapi ramai mesti tahu bahawa mereka mempunyai pendirian bertentangan dengan consociationalism politik dan Perlembagaan kita.”

“Kalau lihat definisi rasisma, mereka memakai definisi ICERD. Beberapa kali saya terangkan mereka tidak mengiktiraf pengecualian Perlembagaan. Sebab itu saya kritik KOMAS. Sebelum pengenalan ICERD mereka gah sini sana menggunakan definisi ICERD yang meluas. Tiap tahun misalnya siapa sahaja yang membawa naratif Melayu walaupun mengikut dalam Perlembagaan adalah rasis. Tiba-tiba bila ICERD ditekan, barulah nak kata kita mengiktiraf pengecualian Perlembagaan. Sekarang ni bila tiada tekanan ICERD mereka dah kembali mengenepikan Perlembagaan. Satu rujukan Perlembagaan pun mereka tak ambil pot. Dalam forum terus terang saya katakan mereka tidak menghormati Perlembagaan.”

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) turut menyentuh mengenai consociationalism politik dalam negara kita.

“Kedua, consociationalism politik. Negara kita telah mengamalkan politik kepartian pelbagai bangsa di mana mereka bergabung untuk kepentingan bersama. Hampir kesemua parti berdasarkan ras atau mengamalkan hegemoni kaum. Bukan sahaja UMNO PAS BERSATU PEJUANG AMANAH mengamalkan politik Melayu Islam tetapi parti lain dari MIC, MCA, Parti Kadazan Dusun di Sabah, parti yang memperjuang bumiputera di Sarawak. Malah DAP pun parti mengamalkan hegemoni bukan Melayu. Lihat pemilihan mereka tahun demi tahun Melayu ditolak dalam pemilihan.”

Beliau memberikan contoh bagaimana hegemoni bukan Melayu di dalam parti DAP masih lagi berlaku dalam pemilihan tahun ini.

“Tahun ini hanya satu Melayu dari 20 lebih yang dipilih. Isu-isu diperjuangkan pun banyak race base seperti sekolah vernakular. Dan oleh kerana kita banyak parti politik, semua gabungan kerajaan adalah berdasarkan tolak ansur politik perkauman. Semua dari BN GPS GRS dan juga PH terbentuk mewakili pelbagai kaum. Ini termasuk DAP yang kononnya menentang politik perkauman. Mereka berpolitik menjuarai kepentingan kaum bukan Melayu manakala PEJUANG dan AMANAH ditugaskan mendapat undi Melayu Islam. Jelas PH berasaskan politik perkauman.”

Menurut beliau lagi consociationalism politik ini telah sebati dalam sosio budaya kita, namun pelaporan yang dikeluarkan oleh KOMAS selalunya berat sebelah sehingga menampilkan kaum Melayu sebagai rasis. Beliau menjelaskan lagi, bagaimana naratif itu kemudiannya dikembangkan oleh media berbahasa Inggeris dengan memetik dan menerbitkan dapatan-dapatan dari Laporan KOMAS.

“Bukan sahaja laporan ini tidak mengambil kira Perlembagaan, tetapi ia selektif dan cukup berat sebelah. Kita tahu misalnya sistem pendidikan kita memecahbelahkan kita mengikut kaum dan agama. Sangat ketara Melayu amat dominan di Sekolah Kebangsaan, Cina di SJKC dan India di SJKT. Ini sebenarnya boleh dihujahkan polisi bertentangan dengan definisi ICERD. Malangnya KOMAS mempertahankan polisi pendidikan berdasarkan kaum sebaliknya dan memanggil siapa yang menentang sekolah vernakular walaupun melalui proses mahkamah sebagai rasis. Double standard macam ni.”

Dan laporan ini akan dibawa ke Human Rights Council dan diperbesarkan di media kita setiap tahun terutamanya di media English. Disebabkan dibawa ke UN Human Rights Council, kerajaan rasa tertekan dan terpaksa bertindak balas. Media English syok memainkan isu ini. Tiada seorang pun tiba-tiba kisah pasal Perlembagaan dan kompromi Perlembagaan dan sosial kita.

“Media English sudah memulakan naratif siege mindset ini. Apabila election tiba ini akan diarusperdanakan. Saya rasa dah perlu bergerak kot.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: