Antarabangsa

Zionis Israel Rancang ‘Halau’ Rakyat Gaza Ke Pulau Buatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRUSSELS, 01 Februari 2024 – Menteri Luar Israel, Israel Katz merancang untuk memindahkan rakyat Gaza ke sebuah pulau buatan di tengah Laut Mediterranean.

Menurut laporan media, cadangan itu dibentangkan dalam sebuah pertemuan bersama menteri luar Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, yang bertujuan untuk menstabilkan Gaza, di mana rejim Israel akan mengawal keselamatan wilayah tersebut.

Menteri negara haram itu juga membentangkan sebuah video pulau buatan yang lengkap dengan landasan kereta api menghubungkan tanah rampasan Israel dengan Arab Saudi, Jordan, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Narator video tersebut berkata, “Pembinaan pulau buatan dengan pelabuhan dan pemasangan infrastruktur awam di luar pantai Gaza akan menyediakan Palestin sebagai pintu masuk kemanusiaan, ekonomi dan pengangkutan ke dunia tanpa membahayakan keselamatan Israel.”

Katz juga menyebut, Israel akan mengawal keselamatan sekitar pulau berkenaan dan memeriksa pelabuhan, manakala pasukan polis antarabangsa akan menjaga ketenteraman awam di sana.

Bagaimanapun, cadangan itu masih tidak jelas sama ada membabitkan pemindahan penduduk Palestin ke pulau baharu itu.

Mengulas lanjut, Eropah tidak menerima baik cadangan Katz kerana disifatkan seperti pemindahan paksa rakyat Gaza.

Pengkritik turut melihat idea itu sebagai kesinambungan terhadap percubaan rejim haram mengusir penduduk Gaza, terutama semasa operasi ketenteraannya di rantau itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: