Antarabangsa

100 Remaja Palestin Sertai ‘Larian Harapan’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAN YUNIS, 31 Ogos 2022 – Kira-kira 100 remaja Palestin menyertai larian ‘Marathon of Hope’ pada Ahad lalu bagi memberi harapan kepada pemulihan krisis kemiskinan yang berlaku di beberapa kawasan terpinggir.

Lapor portal Arab, acara tersebut dianjurkan Perbandaran Khan Yunis dan mendapat pembiayaan daripada Kesatuan Eropah (EU).

Para peserta berlari sejauh dua kilometer sambil menaikkan sepanduk yang mempamerkan projek infrastruktur yang dilaksanakan di rantau itu, termasuk projek air.

Alaa al-Batta, Datuk Bandar Khan Yunis berkata, “Acara ini disertai kira-kira 100 remaja, bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada penduduk kawasan terpinggir bahawa terdapat banyak harapan untuk memperbaiki keadaan.”

Tambah beliau, “EU menyokong kami melaksanakan dan membangunkan projek infrastruktur di rantau ini, termasuk mewujudkan rangkaian air di kawasan terpinggir di wilayah Khan Yunis.”

Menurut beliau, projek sebegini dapat membantu penduduk setempat memulihkan kehidupan normal mereka setelah sekian lama menanggung derita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: