PRU-15

Sistem Hari Ini Lahirkan Mereka Yang Cerdik Tetapi Rakus – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 November 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Tuan Mahmud Hishamuddin Abd Rashid hari ini menyarankan semua pihak berganding bahu memperbaiki sistem pendidikan masa kini demi menjamin masa depan negara.

Katanya, pendidikan Islam di peringkat pendidikan tinggi semakin berkurangan dan akan memberi kesan dalam ketamadunan negara.

“Sekumpulan pensyarah datang berjumpa dengan PEMBELA menyatakan kerisauan mereka kerana di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sekarang ini pendidikan agama semakin menghilang.”

“Cuba bayangkan jika tiada unsur kerohanian, bagaimana kita nak memimpin sebuah negara?” soalnya.

Tegasnya, pendidikan merupakan acuan untuk generasi akan datang, oleh itu perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan sistem pada hari ini melahirkan ramai orang cerdik pandai tetapi rakus.

“Sekarang ini, kita melahirkan orang-orang cerdik tetapi rakus. Mereka cerdik tetapi hanya memikirkan diri mereka sahaja.”

Katanya, tiada guna menunding jari ke arah anak muda jika pokok pangkalnya yang bermasalah.

“Kita sebagai pemerintah perlu ada polisi yang jelas dan kita perlu selidik suara-suara yang menghasut untuk menghapuskan elemen agama dalam pembelajaran.”

“Fikirkanlah semula, bahawa ajaran islam itu sudah membawa keharmonian dan kesejahteraan. Hanya kita sahaja yang leka,” katanya dalam ‘Sidang Media PEMBELA Berkaitan PRU-15’ di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: