Antarabangsa

Hormat Islam, Sadio Mane Enggan Pegang Arak Untuk Bayern Munich

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 30 Ogos 2022 – Sadio Mane, pemain bola sepak terkenal, dipuji oleh pengguna media sosial setelah sesi bergambar beliau bersama kumpulan Bayern Munich menunjukkan beliau enggan memegang gelas bir seperti rakan sepasukannya yang lain.

Dalam sebuah ciapan, ESPNFC memuji tindakan pemain dari Senegal itu.

“Sebagai seorang Muslim yang teguh, Sadio Mane memilih untuk tidak memegang bir dalam penggambaran tradisi Bayern Munich,” ujar mereka.

Bekas pemain keutamaan kelab Liverpool itu juga tidak keseorangan, di mana seorang lagi rakan sepasukannya, Noussair Mazraoui juga didapati memilih untuk tidak memegang minuman keras tersebut.

Menurut sebuah laporan antarabangsa, ini bukan kali pertama Mane ‘mendahulukan’ agama Islam, di mana beliau pernah “dengan penuh hormat” meminta Takumi Minamino untuk meletakkan semula botol champagne yang dipegang Takumi ketika mereka meraikan kemenangan Liverpool awal tahun ini.

Namun, terdapat juga pengguna media sosial yang menyuarakan tentang layanan yang disifatkan sebagai “dua darjat”, di mana terdahulu pemain kelab Paris Saint Germain, Idrissa Gueye, diselar kerana enggan memakai simbol LGBT dalam sebuah perlawanan bola sepak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: