Antarabangsa

Khaby Lame, Influencer TikTok Yang Hafaz Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ITALI, 09 Julai 2022 – ‘Influencer’ TikTok paling berpengaruh, Khaby Lame merupakan seorang Muslim dan juga seorang hafiz al-Quran, lapor The Islamic Information.

Menjengah usia 14 tahun, keluarga Khaby memutuskan untuk menghantar ‘influencer’ itu mempelajari al-Quran di Dakar, Senegal, tempat kelahirannya. Hasil didikan tersebut memungkinkan Khaby menjadi seorang Hafiz al-Quran.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Khaby dalam satu wawancara dengan media Itali. Ujarnya, walaupun dilahirkan di Senegal namun, sewaktu usianya satu tahun, keluarganya berhijrah dan menetap di Itali.

“Kami belajar pengajian al-Quran, saya menghafaz setiap surah. Setiap maksud dalam al-Quran sangat menyentuh. Saya merupakan seorang Muslim dan mengamalkan ajaran Islam sejak dari kecil,” katanya lagi.

Bukan sahaja seorang Muslim yang beramal, tetapi Khaby juga seorang yang vokal menyuarakan sokongannya kepada Palestin dan menentang penjajahan Israel.

Khaby pernah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitternya pada Jun 2021 dengan berkata, “Buatlah apa sahaja yang kamu mahu, buatlah lebih lagi. Tetapi Baitulmuqaddis tetap sentiasa menjadi milik rakyat Palestin.”

Tambah portal itu lagi, ‘influencer’ TikTok yang berusia 22 tahun ini meraih populariti selepas berjinak-jinak dengan aplikasi itu, selepas diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19 Mac 2020 yang lalu. Kini, jumlah pengikut TikToknya adalah seramai 145.6 juta.

Menurut Khaby, beliau langsung tidak menyangka video yang dihasilkan tular di seluruh dunia.

“Apa yang saya miliki hari ini semuanya adalah secara semula jadi. Ia satu percubaan yang tidak disangka-sangka menjadi,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: