Tempatan

YDPA, Permaisuri Agong Bakal Berangkat Ke WP Labuan 31 Mac Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LABUAN, 26 Mac 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Wilayah Persekutuan Labuan mulai 31 Mac ini.

Menerusi siaran media Perbadanan Labuan, Seri Paduka Baginda berdua telah mengampuni perkenan untuk berangkat bercemar duli ke program-program sempena bulan Ramadan bagi tahun 2023 di wilayah Labuan bermula 31 Mac hingga 02 April 2023.

BACA JUGA: KTMB Sediakan Tren Tambahan Sempena Aidilfitri

BACA JUGA: Ramadan: Jakarta Larang Kelab Malam, Rumah Urut, Spa, Pusat Sukan Beroperasi

BACA JUGA: Ambil Langkah Proaktif Kekang LGBT – PAS Selangor

Lawatan rasmi tersebut termasuk program-program yang diaturkan seperti berikut:
1. Solat Jumaat dan Majlis Pemasyhuran Masjid Al-Sultan Abdullah, Kampung Sungai Bedaun (31 Mac 2023/ 11.30 pagi)
2. Lawatan ke Bazar Ramadan Labuan Walk (31 Mac 2023/ 03.30 petang)
3. Program Nur Ramadan di Masjid Jamek An-Nur (31 Mac 2023/ 05.00 petang)
4. Majlis Penyerahan Rumah Asnaf MAIWP Labuan dan Sesi Ramah Mesra Bersama Komuniti Ganggarak Permai, Taman Ganggarak Permai (01 April 2023/ 09.15 pagi)
5. Lawatan ke Bazar Ramadan Pantai Layang-Layangan (01 April 2023/ 04.00 petang)

Oleh itu, pihak perbadanan wilayah menyeru seluruh warga Labuan mengalu-alukan dan menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Tuanku berdua ke WP Labuan dengan menzahirkan suasana Labuan berada dalam keadaan bersih dan ceria.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: