Antarabangsa

Google Tubuh Sekolah Teknologi Tinggi Di Universiti Rejim Haram Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 25 Oktober 2022 – Alphabet Inc Google telah menubuhkan sebuah sekolah berteknologi tinggi di salah sebuah universiti di rejim haram aparteid Israel untuk melatih profesional dalam beberapa bidang.

Lapor agensi media Timur Tengah, Google telah meningkatkan pelaburan di Israel dan bekerjasama dengan Universiti Reichman Israel menawarkan kursus dalam bidang profesional seperti pengaturcaraan komputer, ujian perisian, pembangunan perniagaan, jualan dan analisis data.

Walaupun rejim haram mempunyai sektor teknologi tinggi yang rancak, mereka kekurangan pekerja teknologi mahir yang telah mengakibatkan puluhan ribu jawatan tidak diisi.

Dalam pada itu, pihak universiti memaklumkan bahawa sekolah baharu itu akan memberi subsidi kepada pelajar kurang kemampuan termasuk wanita, ultra-Ortodoks, orang Arab, ahli komuniti Ethiopia dan mereka dari golongan pinggir geo-sosial dan kumpulan sosio-ekonomi yang kurang bernasib baik.

Bukan itu sahaja, Google akan menyediakan biasiswa buat para pelajar kursus tersebut, dan dalam masa yang sama pelajar yang berjaya tamat akan memperoleh kredit untuk ke pengajian peringkat ijazah, ujar pihak universiti.

“Kami percaya bahawa pelbagai suara, pendapat dan perspektif boleh memperkayakan teknologi tinggi Israel dan perkembangannya,” kata Barak Regev, Pengarah Urusan Google Israel.

Mengulas lanjut, sektor teknologi menyumbang kira-kira 15 peratus kepada ekonomi rejim haram aparteid Israel dan ratusan syarikat permulaan diasaskan setiap tahun. Pada separuh pertama tahun ini, firma teknologi rejim telah mengumpulkan hampir $10 bilion dalam pelaburan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: