Tempatan

Negara Berdepan Masalah Bekalan Ayam Bermula Ogos Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 23 Jun 2023 – Negara diramal berdepan dengan masalah bekalan ayam menjelang Ogos ini, lapor sebuah portal berita tempatan.

Ia adalah hasil daripada semakan portal tersebut dengan wakil persatuan ternakan ayam di wilayah tengah Semenanjung yang turut mengesahkan perkara itu.

Kata sumber kepada pihak portal, pihaknya juga dijangka mengalami kekurangan ayam di ladang sebanyak 33 peratus menjelang Ogos ini susulan daripada masalah bekalan anak ayam oleh kartel.

BACA JUGA: Demam Denggi Dijangka Meningkat Menjelang PRN, Raya Haji

BACA JUGA: Ideologi LGBTQ: Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Digesa Wujudkan Garis Panduan Kekang Penyebaran

BACA JUGA: Gagal Bahasa Melayu Atau Sejarah, Lebih 33,000 Lepasan SPM Gagal Dapat Sijil

“Sesetengah kartel pembekal anak ayam, mereka mempunyai stok ayam induk tuai (PS) yang bertelur itu sudah sampai had usianya.”

“Mereka akan melupuskan atau culling PS itu sebagai ayam pencen. Apabila mereka lupuskan stok PS itu, maka bekalan anak ayam untuk kitaran akan datang menurun.”

“Kalau kartel anak ayam berpakat seluruh negara untuk tidak memasukkan stok PS baru bagi menelurkan anak ayam, maka satu Malaysia akan menghadapi isu ayam dan telur kerana tanpa anak ayam, maka tiadalah ayam pedaging atau ayam penelur,” kata sumber kepada pihak portal tersebut.

Katanya, jika stok induk tuai dilupuskan menjelang Ogos ini, ada kemungkinan bekalan anak ayam mengalami kemerosotan sehingga 30 peratus di seluruh negara dalam tempoh dua bulan lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: