Tempatan

Eksport-Import Bebas Cukai Antara Malaysia & Türkiye Mulai 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Oktober 2022 – Perdagangan eksport dan import antara Turkiye dan Malaysia bakal menikmati keistimewaan bebas cukai mulai tahun 2023 ini.

Menurut perjanjian dua hala antara Malaysia dan Turkiye tersebut, hampir 99% eksport Turki ke Malaysia tidak akan dikenakan cukai, manakala lebih kurang 86% eksport Malaysia ke Turkiye bakal menikmati kemudahan yang sama.

Keputusan tersebut telah dipersetujui dalam sebuah pertemuan antara Menteri Perdagangan Turkiye, Mehmet Mus dengan Menteri Perdagangan dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali, ketika persidangan Joint Economic and Trade Council (JETC)

Azmin Ali turut menjelaskan bahawa perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) ini juga bertujuan bagi mempermudah pertukaran kepakaran antara Malaysia dan Turkiye.

Pertemuan tersebut turut menyaksikan perbincangan tentang pemerkukuhan hubungan antara kedua buah negara tersebut, terutamanya dalam industri halal; serta kepentingan Turkiye dan Malaysia sebagai hab perdagangan bagi ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU).

Pertemuan seterusnya dijangka bakal diadakan pada tahun hadapan dengan Malaysia sebagai tuan rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: