Antarabangsa

Selepas Indonesia, Lagi Kes Kematian Membabitkan Peminat Di Stadium Bola Sepak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUENOS AIRES, 08 Oktober 2022 – Seorang penyokong bola sepak maut di Argentina selepas pihak polis melepaskan gas pemedih mata dalam kawasan stadium.

Lapor sebuah portal berita tempatan, perlawanan antara Kelab Gimnasia La Plata dan Boca Juniors tergendala susulan insiden itu pada Khamis lalu.

Tembakan gas pemedih mata itu sekali gus mengakibatkan para pemain dan juga penyokong sukar untuk bernafas.

Menteri Keselamatan Buenos Aires, Sergio Berni berkata, kematian penyokong itu adalah disebabkan masalah jantung ketika dia hendak meninggalkan Stadium Juan Carmelo Zerillo di La Plata.

Menurut pihak berkuasa di Argentina, penyokong Gimnasia cuba memasuki stadium yang sudah penuh dan pihak polis menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk memaksa mereka berhenti.

Menurut Berni, pihak kementeriannya akan melakukan siasatan mengenai insiden tersebut.

Insiden itu berlaku lima hari selepas rusuhan dalam satu perlawanan bola sepak di Indonesia yang mengorbankan kira-kira 131 orang apabila penyokong cuba melarikan diri daripada rusuhan tersebut serta gas pemedih yang dilepaskan oleh pihak polis.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah meletakkan garis panduan untuk melarang “senjata api” atau “gas kawalan orang ramai” dibawa atau digunakan untuk mengekalkan ketenteraman dalam permainan dan pihak polis Indonesia didakwa melanggar garis panduan tersebut.

Lapor samudera.my, rusuhan bola sepak di Indonesia itu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 32 kanak-kanak dan 323 yang lainnya cedera.

Insiden itu turut menyebabkan Ketua Polis Malang dipecat manakala Sembilan pegawai atasan polis digantung tugas.

Rusuhan bola sepak itu sekali gus meletakkan Indonesia di tangga yang ketiga dalam senarai kedudukan negara paling banyak kematian dalam sejarah bola sepak dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: