Tempatan

Kuil Om Sri Maha Maduraiveeran: Bukan Islam Tak Setuju MP DAP Tuntut Beri Tanah Kuil Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 6 April 2021 – Susulan kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan dua orang Ahli Parlimen DAP yang menuntut tanah baharu untuk Kuil Om Sri Maha Maduraiveeran, terdapat beberapa pengguna Facebook bukan Islam yang tidak bersetuju dengan tuntutan ini.

Menurut seorang pengguna Facebook di ruangan komen kenyataan Hannah Yeoh, dia menyifatkan perkara ini sebagai propaganda oleh ahli politik semata lantas menyebabkan pihak pengurusan kuil bersikap tidak acuh dalam pembelian pemilikan tanah.

“………… setuju. Kalau semua claim beratus tahun, habis xde tanah boleh jadi hakmilik Pembeli. Disebabkan segelintir ahli politik yang suka untuk propganda isu ini, banyak pengurusan kuil2 sama ada abaikan pembelian tanah atau pun songlap duit untuk mereka..Pabila duit dah tak masyuk n kena vacate tanah orang lain , baru mereka akan mengapikan penganut n pengunjung.. bukan untuk kuil tapi “cari makan” dah habis. Ada setengah lagi mengamalkan taktik mengugut pemilik tanah kerana mereka tau isu agama isu sensitif.. ini cerita benar.. kalau ada pihak boleh bayar 10juta wang “pampasan ” jangan kata kuil mungkin Rupa hannah yeoh pun dilupakan. Maklumla settle down kat Australia”

kuil-1.png?resize=300%2C236&is-pending-load=1#038;ssl=1

Seorang lagi pengguna akaun Facebook pula menyatakan bahawa pihak berkuasa sepatutnya menyiasat pembinaan haram, bukan menggantikan tanah baharu untuk pembinaan haram.

“……..betul, saya pun tak setuju,sepatut pihak berkuasa menyiasat semua haram bina di kawasan milik orang lain, sepatut dihukum bukan di ganti dengan tanah lain.”

kuil-2.png?resize=300%2C93&is-pending-load=1#038;ssl=1

Menurut seorang lagi pemilik akaun, demi “political point”, Hannah Yeoh menyokong perkara yang salah.

“Menceroboh tanah orang tetap salah..you nak political points tak perlu jadi hipokrit..benda salah pun you sokong..ini satu signal yang salah kepada rakyat..begini ke cara Dap mendidik netizen..MEMBERIKAN DIDIKAN YANG SALAH!”

WhatsApp-Image-2021-04-06-at-09.27.12.jpeg?resize=300%2C201&is-pending-load=1#038;ssl=1

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menuntut pemilik tanah/pemaju yang bertanggungjawab memberikan tapak baharu untuk pembinaan Kuil Om Sri Maha Maduraiveeran di Segambut.

Tuntutan ini merupakan antara salah satu tuntutan yang dikemukakan mereka selepas kuil yang berasal dari Ladang Segambut Bukit Hijau dan didakwa berusia hampir 100 tahun itu mendapat notis perobohan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: