Tempatan

KEMUDAHAN INDIVIDU YANG TELAH MENERIMA VAKSINASI LENGKAP – Yayasan Pelancongan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Pengumuman YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin petang semalam telah melegakan industri pelancongan negara. Sejajar dengan
Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Pelan Pemulihan Pelancongan yang diumumkan sebelum ini oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC), Datuk Seri Hajah Nancy Shukri – pengumuman semalam menunjukan kesiapsiagaan kerajaan untuk menuju kearah menjayakan pelan tersebut.

Dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan kepada Negeri yang telahmemasuki Fasa 2 PPN serta kepada mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap pastinya akan menggalakkan segenap rakyat untuk sentiasa mematuhi SOP dan sekaligus menggalakkan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan segera.

Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan pastinya akan mula membuka sektor ekonomi mereka dengan segera. Hotel-hotel dan inapdesa (homestay) di negeri-negeri terbabit akan mula dibuka pada Selasa ini yang pastinya akan menyemarakkan kembali sektor pelancongan mereka. Dengan pembukaan sektor pelancongan secara terkawal ini, akan dapat membantu menggerakkan ekonomi setempat yang telah sekian lama mengalami kemurungan semenjak Mac 2020 yang lalu.

Program Covid-19 Free Destination yang memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis juga pastinya akan dapan dijayakan dalam masa terdekat. Walaupun Langkawi ketika ini masih lagi didalam Zon Merah – tetapi dengan penerima suntikan vaksin 1 dos ketika ini mencecah sehingga 65,000 orang dan lebih 29,000 orang yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin dengan kadar suntikan dipergiatkan hasil rundingan MoTAC dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJV), kami yakin 80% Imuniti Kelompok pasti dapat dicapai selewatnya penghujung bulan Ogos ini nanti.

Walaupun pada ketika ini kebenaran hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara (peserta MM2H) untuk menjalani kuarantin wajib di rumah – ianya tidak mustahil dalam masa terdekat kerajaan juga akan membuka pintu kepada pelancong yang telah mendapat vaksinasi lengkap untuk datang ke Malaysia. Ini membuka peluang kepada sektor pelancongan terutamanya di Langkawi yang dipilih sebagai destinasi rintis jika inisiatif ini berjaya dilaksanakan kelak.

Sehubungan itu, kami memohon agar semua pegusaha sektor pelancongan untuk sentiasa cakna dengan SOP terkini supaya industri pelancongan akan dapat digerakkan semula dengan segera.

Untuk makluman, sehingga kini, Yayasan Pelancongan Negara (YPN) telah giat membantu penggiat industri pelancongan yang sangat terkesan sepanjang lebih 17 bulan PKP ini dilaksanakan. Antara inisiatif yang telah dan akan kami jalankan adalah memberi sumbangan bakul makanan kepada kakitangan pengusaha pelancongan, skim latihan bagi meningkatkan kemahiran penggiat pelancongan serta memberikan khidmat nasihat dari pakar psikologi bagi memberi semangat kepada pengusaha pelancongan yang mengalami tekanan perasaan.

DR. HJ FATHIR BADRI ALHADAD
Ketua Pegawai Operasi (CEO)
Yayasan Pelancongan Negara
Presiden
Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Selangor (SAFTTA)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: