Tempatan

Pemangku Raja Pahang Titah Hutan Simpan Chini Diperluas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 06 Jun 2022 -KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Hari Alam Sekitar semalam telah memaklumkan tentang perluasan kawasan Hutan Simpan Chini.

Menurut titah baginda, baginda telah pun ‘turun padang’ sebaik sahaja menerima laporan tentang kemusnahan yang berlaku di Tasik Chini.

“Apabila laporan tentang kemusnahan Tasik Chini dibangkitkan pada tahun lalu, saya telah turun padang melawat lokasi dan menyaksikan sendiri keadaan yang berlaku,” titah baginda.

Baginda kemudian menambahkan lagi di dalam titahnya bahawa susulan daripada lawatan baginda ke lokasi, baginda bertindak menitahkan supaya kawasan Hutan Chini diperluas.

“Lantas, saya telah menitahkan agar Hutan Simpan Chini diperluas untuk meningkatkan perlindungan kepada tumbuhan dan haiwan serta memastikan kehidupan Orang Asli di sekitar tasik tidak terus terancam,” titah baginda.

“Alhamdulillah, kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah pun selesai mewartakan tambahan kawasan Hutan Simpan Chini tersebut pada 05 Ogos 2021 daripada dahulunya 4,600 hektar kepada kini 6,502.8 hektar,” tambah baginda lagi.

“Perluasan Hutan Simpan Chini secara langsung dapat melindungi flora dan fauna di Tasik Chini serta kawasan di sekitarnya. Tasik Chini ialah permata alam di Pahang dan merupakan tapak Rizab Biosfera UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation) yang pertama di Malaysia. Keunikannya yang bernilai tinggi dan bertaraf dunia perlu dipelihara dan dipulihara,” jelas baginda secara lebih lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: