Tempatan

Terengganu Larang Ahli Politik Jadi Khatib Dan Imam Solat Jumaat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 06 Mac 2023 – “Semua Ahli Yang Berhormat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara TIDAK DIBENARKAN bertindak sebagai Khatib dan Imam solat Jumaat di Masjid,” demikian kenyataan tegas dari Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato’ Haji Shaikh Harun Bin Shaikh Ismail.

Ujarnya keputusan ketetapan ini dibuat bagi menjunjung titah perintah dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah agar masjid dan surau dalam negeri itu tidak disalahgunakan untuk tujuan politik.

Selain itu, antara ketetapan yang lain adalah, semua Ahli Yang Berhormat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara TIDAK DIBENARKAN menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah atau pengajaran agama di masjid dan surau dalam negeri Terengganu.

BACA JUGA: Mesin Layan Diri Menu IPR RM2 Susahkan Pengguna

BACA JUGA: Tan Sri Idrus Dilantik Semula Sebagai Peguam Negara

BACA JUGA: Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan Serta Merta

Hanya mereka yang memegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sahaja dibenarkan untuk menyampaikannya.

Tambah beliau dalam satu kenyataan media, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui Unit Penguatkuasaan Syariah Pejabat Agama Daerah juga DIKEHENDAKI membuat pemantauan atas arahan yang dikeluarkan supaya ianya dapat dipatuhi.

Sultan Terengganu sebelum itu menzahirkan rasa dukacita dengan situasi penglibatan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Berikutan itu, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan juga menyeru supaya semua pihak dapat menghormati dan mematuhi segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: