Tempatan

Ismail Sabri Umum Senarai Kabinet Tanpa TPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2021 – Perdana Menteri Ke-9 Ismail Sabri sebentar tadi mengumumkan senarai pembentukan Kabinetnya tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Barisan Kabinet PM ke-9 ini kebanyakannya kekal seperti barisan Kabinet bekas Perdana Menteri sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamed Azmin Ali, Hamzah Zainuddin dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kekal di kementerian yang sama.

Kementerian Kesihatan dipimpin oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diketuai oleh Dr Adham Baba.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ialah Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ialah YB Senator Tuan Idris Ahmad dengan Timbalan Menterinya Ahmad Marzuk Shaary.

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia barisan Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada Isnin, 30 Ogos 2021, jam 2:30 petang, di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: