Antarabangsa

Ancam Lakukan Serangan Gas Sarin, Mak Nyah Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 07 Mei 2023 – Seorang ‘Mak Nyah’ berusia 25 tahun ditahan pada 30 April kerana didakwa mengugut di Twitter untuk melancarkan serangan gas sarin di sebuah stesen keretapi berhampiran Tokyo.

Memetik kepada sebuah berita, Miyuki Yamamoto yang merupakan seorang penduduk di wilayah Funabashi didakwa telah memuatnaik ciapan sekitar jam 11.25 pagi pada 30 April dengan mengatakan.

“Hari ini tepat jam 1 petang, saya akan melepaskan gas sarin di dalam Stesen Funabashi. Saya Shoko Asahara era Reiwa,” katanya yang merujuk kepada ketua ajaran sesat, Aum Shinrikyo.

Susulan itu, pihak polis menerima puluhan laporan yang daripada orang ramai berikutan ciapan ancaman tersebut.

Pada masa yang sama, puluhan polis turut dikerahkan ke Stesen Funabashi sebagai langkah berjaga-jaga.

BACA JUGA: Erdogan Label Pihak Lawan Sebagai Pengamal & Pendokong LGBT

BACA JUGA: Saran PMX ‘Teliti Semula’ Perkara 153, Kenyataan MP Pasir Gudang Hanya Retorik – Presiden PUTRA

BACA JUGA: Isu Gula: Peniaga Dilarang Jual Bersyarat – KPDN

Difahamkan, Yamamoto merupakan calon yang tewas dalam Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang diadakan pada 23 April lalu.

Terdahulu, anggota ajaran sesat Aum Shinrikyo yang diketuai oleh Shoko Asahara pernah menggemparkan negara matahari terbit itu dengan serangan gas sarin di stesen kereta api bawah tanah Kasumigaseki, Tokyo.

Insiden itu telah meragut 13 nyawa manakala ratusan yang lain mengalami sesak nafas.

Bagaimanapun, pada Julai 2018, Asahara atau nama sebenarnya Chizuo Matsumoto serta 12 pengikutnya yang lain telah menjalani hukuman mati selepas disabitkan bersalah kerana menjadi dalang kepada serangan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: