Tempatan

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 08 Ogos 2022 – Amaran angin kencang dan laut bergelora telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi laman rasminya semalam.

Pemakluman amaran angin kencang dan laut bergelora itu diklasikasikan kepada dua kategori iaitu kategori pertama, 40-50 Kmsj yang menyaksikan ketinggian ombak setinggi 2.5-3.5 meter, dengan melibatkan kawasan Sabah Barat dan Labuan, Selatan Phuket, Tenggara Condore, Selatan Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Timur Pahlawan.

Seterusnya, Utara Phuket, Timur Laut Condore, Utara Reef North dan Barat Palawan diletakkan sebagai amaran kategori kedua iaitu 50-60 Kmsj dengan ketinggian ombak mencapai 3.5-4.5 meter.

Amaran angin kencang dan laut bergelora oleh METMalaysia itu diramal berlaku sehingga esok, 09 Ogos 2022.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga mengeluarkan amaran ribut petir yang diramalkan berlaku sehingga jam 11 pagi ini di beberapa negeri.

Negeri-negeri yang terlibat adalah Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor iaitu di Hulu Langat dan Sepang. Manakala di negeri Johor, kawasan yang diramalkan berlaku ribut petir adalah di Tangkak, Johor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: