Tempatan

KJ Tempelak Presiden UMNO Pertahan Lim Guan Eng, Terkait Isu 3R

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – Khairy Jamaluddin telah menempelak presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan tindakan beliau mempertahankan pengerusi kebangsaan DAP, Lim Guan Eng yang telah mengeluarkan kenyataan yang berkait dengan isu 3R iaitu Raja, bangsa dan agama.

Khairy telah mengeluarkan kenyataan menempelak tindakan Zahid sewaktu di dalam sesi podcast “Keluar Sekejap” yang telah bersiaran pada hari semalam.

Menerusi sesi tersebut, Khairy dan seorang lagi hos, Shahril Hamdan telah bersepakat bahawa kenyataan kontroversi yang dibuat Lim baru-baru ini di Pulau Pinang adalah jelas melanggar undang-undang 3R.

BACA JUGA: KDN Rampas Bahan Al-Quran, Peranti Elektronik Bernilai Hampir RM62,000

BACA JUGA: Penjualan Padi: Kartel ‘Bunuh’ Kilang Kecil Bumiputera

BACA JUGA: Sungai Dicemari Air Larut Resap, Punca Kematian Ikan

Khairy yang sebelum ini merupakan mantan Ketua Pemuda UMNO menyatakan bahawa beliau marah dengan kenyataan Lim. Namun yang membuatkan beliau lebih kecewa adalah tindakan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid yang telah mempertahankan ucapan 3R itu.

Menurut Khairy lagi, beliau masih boleh menerima jika Zahid mahu mempertahankan kerjasama dengan DAP namun tindakan mempertahankan Lim atas kenyataan 3R itu adalah melampau dan tidak menghormati institusi kerusi presiden UMNO.

Ujar Khairy lagi, tindakan Zahid itu dapat mengakibatkan para pengundi Melayu menghukum UMNO. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Zahid telah gagal bertindak selaku ketua parti yang ditubuhkan untuk mempertahankan Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Manakala mantan ketua informasi UMNO, Shahril pula menyatakan bahawa hanya sayap pemuda UMNO yang berani membangkitkan isu tersebut dan menggesa agar siasatan dijalankan terhadap Lim atas kenyataan kontroversinya itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: