Antarabangsa

Lembaga Sekolah Miami Tolak Iktiraf Bulan LGBTQ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MIAMI, 11 September 2022 – Lembaga Sekolah Daerah Miami-Dade mengundi untuk menentang pengiktirafan bulan Oktober sebagai bulan sejarah LGBTQ.

Lapor agensi berita antarabangsa, H-11, sebuah resolusi untuk sekolah Miami-Dade mengiktiraf secara rasmi bulan sejarah LGBTQ menyatakan bahawa bulan itu ditubuhkan untuk mengingatkan semua tentang peranan penting yang diambil oleh individu LGBTQ dalam membentuk sosial, sejarah, undang-undang dan dunia politik hari ini.

Tahun ini, sekolah berkenaan akan memasukkan sumber rujukan buat guru Gred 12 untuk mengajar tentang kes utama Mahkamah Tinggi dalam perkahwinan sama jantina dan perlindungan anti diskriminasi.

Pada tahun 2021, ahli lembaga sekolah Miami mengundi secara besar-besaran untuk mengiktiraf bulan tersebut. Namun, tahun ini ahli lembaga sekolah tersebut mengambil haluan berbeza kerana inisiatif itu dikhuatiri akan melanggar sekatan bilik darjah yang ditetapkan oleh Undang-Undang Hak Ibu Bapa dalam Pendidikan.

Undang-undang yang digelar “Don’t Say Gay” oleh aktivis LGBTQ itu berperanan untuk melarang pengajaran tentang orientasi seksual atau identiti jantina dalam bilik darjah bermula dari tadika hingga ke Gred 3 kerana ia tidak bersesuaian dengan umur atau perkembangan pelajar.

Christi Fraga yang juga seorang ahli lembaga sekolah itu turut menentang resolusi tersebut yang dilihat boleh mewujudkan permusuhan.

“Jika kita membenarkan guru memutuskan apa yang akan diajar di dalam bilik darjah ketika ini, itu membimbangkan saya,” katanya.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: