Antarabangsa

GEMPAR! Ratusan Dikhuatiri Maut Akibat Hentaman Taufan Mocha Di Myanmar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MYANMAR, 17 Mei 2023 – Ratusan orang dikhuatiri maut selepas taufan kuat membadai Myanmar pada Ahad lalu.

Menurut laporan CNN, kumpulan penyelamat turut memberi amaran “kehilangan nyawa besar-besaran” akibat daripada pukulan ribut yang paling kuat pernah melanda negara itu.

Taufan Mocha yang melanda pantai Myanmar pada Ahad lalu telah meranapkan rumah, menumbangkan pokok serta menumbangkan tiang telefon sekali gus menyebabkan talian komunikasi terjejas teruk di kawasan Rakhine, sebuah kawasan yang menempatkan pelarian.

BACA JUGA: Lambakan Pekerja Asing, Negara ‘Hilang’ RM34 Bilion Setahun

BACA JUGA: Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah, Negara Tunduk Pada Tekanan Kristian? – Syed Hassan Syed Ali

BACA JUGA: Malaysia Komited Menentang Kebijakan Imperialisme Rejim Zionis Israel – PM

Kerajaan bayangan Myanmar semalam memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 400 orang telah terkorban dan sebilangannya lagi yang belum boleh dikenal pasti angkanya masih hilang.

Terdapat juga sumber yang mengatakan kepada agensi tersebut bahawa kebanyakan mangsa adalah warga Rohingya yang beragama Islam dan mangsa telah pun dikebumikan.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, Jabatan Meteorologi India meramalkan Taufan Mocha yang membawa angin sehingga 145 kilometer sejam (km/j) akan menghentam sepanjang sempadan Bangladesh-Myanmar pada Ahad.

Taufan dahsyat itu dijangka akan membawa gelombang ribut antara 1.5 dan dua meter berlaku di kawasan pantai rendah yang berdekatan dengan kawasan kem menempatkan ratusan ribu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: