Antarabangsa

Kempen Hijab EU Terpaksa Dibatalkan Selepas Dibidas Perancis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PERANCIS, 07 November 2021 – “Kempen anti-diskriminasi untuk menggalakkan penerimaan hijab telah dibatalkan oleh Majlis Eropah berikutan kemarahan yang tercetus di Perancis dan di seluruh Eropah. Ada yang marah kerana kempen tersebut diadakan, dan ada yang marah kerana ia dibatalkan,” lapor sebuah portal antarabangsa.

Susulan daripada bantahan besar-besaran itu, pertubuhan hak asasi manusia tertinggi Eropah, Council of Europe (CoE), terpaksa menurunkan siaran dan iklan kempen yang berjalan dalam talian tersebut.

Kempen yang dibiayai EU ini bertemakan slogan: “Kecantikan adalah dalam kepelbagaian sepertimana kebebasan dalam berhijab” dan “#JOYinHIJAB.”

Forum Belia Dan Organisasi Pelajar Muslim Eropah (FEMYSO) menyifatkan pembatalan kempen anti-diskriminasi ini sebagai serangan terhadap hak asasi manusia.

“Keputusan untuk membatalkan kempen dalam talian EU yang baru dilancarkan untuk menggalakkan penerimaan hijab adalah “serangan terhadap hak asasi manusia”,” kata organisasi tersebut.

Tambah FEMYSO lagi, serangan terhadap kempen ini berlaku dalam persekitaran yang lebih luas di dalam ruang sivik yang semakin mengecil, di mana kakitangan kerajaan secara rutin menapis dan mengehadkan kebebasan bersuara apabila ia tidak sesuai dengan agenda politik mereka.

Dikhabarkan kemarahan, bidasan dan kritikan terhadap kempen #JOYinHIJAB ini kebanyakannya datang daripada Perancis yang ketika ini sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya pemilihan presiden tahun 2022.

April lalu, tanda pagar #HandsOffMyHijab tular di media sosial selepas Dewan Senat Perancis melakukan undian untuk melarang gadis berumur 18 tahun ke bawah memakai hijab di tempat awam.

Ia selepas Dewan Senat tersebut mahu memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) ‘anti-pemisahan’ yang bertujuan memperkukuhkan sistem sekular negara.

Langkah itu mendapat kritikan kerana secara jelas menyerang populasi minoriti Islam di Perancis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: