Antarabangsa

Status Perkahwinan Mempengaruhi Penyakit Nyanyuk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OSLO, 26 April 2023 – Status perkahwinan didapati boleh memberi kesan kepada individu mengalami penyakit nyanyuk atau gangguan kognitif ringan selepas berumur 70 tahun.

Menurut kajian oleh pasukan penyelidik Institut Kesihatan Awam Norway (NIPH/FHI), mereka yang bercerai atau membujang pada pertengahan usia akan meningkatkan risiko mendapat penyakit demensia atau nyanyuk.

Manakala, bagi mereka yang mempunyai pasangan untuk tempoh masa lama boleh mengurangkan risiko mengalami demensia pada usia tua dengan ketara.

“Kaitan antara demensia dan status perkahwinan adalah mereka yang berumah tangga memiliki pasangan untuk membantu mengatasi masalah serta tekanan dalam kehidupan.”

“Berkahwin bermakna manusia mempunyai seseorang untuk bercakap serta berkongsi beban,” kata Vegard Skirbekk, penyelidik kajian itu.

Kajian itu dilakukan dengan menganalisis status perkahwinan kumpulan berumur antara 44 tahun hingga 68 tahun sejak 24 tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: