Antarabangsa

Biaya Ditamatkan, Ribuan Guru Sekolah Islam Uttar Pradesh Bakal Hilang Kerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTAR PRADESH, 13 Januari 2023 – Kira-kira 21,000 guru di sekolah agama Islam atau madrasah bakal kehilangan kerja selepas negeri itu menamatkan pembiayaan kepada kelompok guru tersebut.

Memetik sebuah laporan, keputusan itu dibuat menjelang pilihan raya kebangsaan yang dijadualkan pada Mei oleh Kerajaan Negeri Uttar Pradesh (UP) di utara India yang diperintah oleh parti nasionalis, Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Susulan daripada arahan tersebut, Pengerusi Majlis Pendidikan Madrasa, Iftikhar Ahmed Javed menulis surat kepada Modi meminta beliau mengembalikan semula skim itu supaya slogan “Al-Quran di sebelah tangan dan komputer di tangan yang lain” dapat dijayakan.

Seorang guru madrasah dari daerah Bahraich, Samiullah Khan berkata,

“Kami tidak mempunyai pekerjaan lain dan saya terlalu tua untuk mendapatkan pekerjaan lain.”

Pada Mac 2022, Kerajaan Persekutuan telah menghentikan pembiayaannya untuk program yang dikenali sebagai Skim Menyediakan Pendidikan Berkualiti di Madrasah, seperti yang dinyatakan dalam dokumen yang diperoleh sebuah agensi berita antarabangsa, Reuters.

Dokumen daripada Kementerian Hal Ehwal Minoriti mendedahkan bahawa pentadbiran Modi menolak semua cadangan baharu dari negeri-negeri sepanjang tempoh dari tahun fiskal 2017/18 hingga 2020/21, akhirnya membawa kepada penutupan sepenuhnya program itu.

Pertubuhan hak asasi manusia, termasuk Pemerhati Hak Asasi Manusia, menegaskan bahawa puak nasionalis telah bertindak tanpa hukuman untuk menakut-nakutkan dan menganiaya umat Islam serta kumpulan minoriti agama lain di bawah pimpinan BJP Modi namun, dakwaan itu disangkal oleh parti itu.

Pada 1993, bagi memastikan pelajar turut diajar mata pelajaran lain selain Islam, kerajaan pusat melancarkan Skim Pemodenan Madrasah di mana kira-kira 21,000 guru dilantik untuk mengajar mata pelajaran seperti Hindi, Inggeris, Sains, Matematik dan Sains Sosial.

Negeri itu pernah membayar sehingga 3,000 rupee ($36) sebulan daripada bajetnya kepada guru, di samping sehingga 12,000 rupee daripada Kerajaan Persekutuan.

Selama bertahun-tahun, program yang dikendalikan kerajaan telah memberi manfaat kepada minoriti Islam, terutamanya pelajar yang dilanda kemiskinan.

Sejak berkuasa pada 2014, BJP telah sinonim dengan pendirian anti-Muslimnya kerana terdapat kejadian berulang, termasuk pembunuhan beramai-ramai dan mencederakan sentimen kumpulan minoriti, terutamanya umat Islam India.

Modi telah meletakkan sasarannya untuk memenangi penggal ketiga berturut-turut dengan menggembirakan majoriti Hindu di India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: