Tempatan

Sajjad, Umrah, Tahlil & Tahfiz – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – “Saya menyokong sepenuhnya tindakan JAIS. Episod mengerjakan umrah, menganjurkan majlis tahlil melibatkan anak-anak tahfiz adalah “well planned and well executed events” oleh individu yang mempunyai akal yang waras. Shame on his family that allowed this to happen.”

Tegas Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam paparan Facebooknya selepas tular berita mengenai Muhammad Sajjad, dikenali sebagai Nur Sajat mendakwa dikasari oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sajat disiasat JAIS di bawah Seksyen 10 iaitu, menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Ia ada kaitan dengan aduan yang diterima JAIS ketika Sajat menganjurkan satu majlis tahlil dan doa selamat bersama dengan anak-anak tahfiz pada 23 Februari 2018 lalu.

Dalam majlis tersebut, jelas menunjukkan yang Sajat lengkap bertudung, berbaju kurung dan berpakaian seperti wanita.

Selain marah dengan tindakan Sajat yang dilihat seperti membesarkan isu dikasari, Prof Madya Dr Rafidah yang merupakan Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu juga kesal dengan tindakan ibu Sajat yang mendoakan agar anak orang lain berubah menjadi seperti anaknya.

“Isu kekasaran diperbesar-besarkan atas nama hak asasi, sehingga ada ibu yang mendoakan anak orang lain jadi seperti anaknya yang mengaku telah menukar jantina. Tidakkah si ibu ini mahu mendoakan agar anak sendiri diberi hidayah?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: