NGO

BELANJAWAN 2023 Perlu Beri Kesan Kepada Komuniti Ekonomi Bumiputera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MTEM dengan penuh harapan menantikan belanjawan 2023 ini akan menjadi petunjuk terhadap jenis dasar dan program yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB DS Anwar Ibrahim.

1. MTEM berharap, sejajar dengan aspirasi MADANI, Kerajaan tidak menjadikan pencapaian KDNK sebagai sasaran utama atau mengunggulkan pelaburan asing atas kepentingan pelabur tempatan. Sebaliknya, ia perlu terus memperjuangkan dasar meningkatkan gaji pekerja sebagai cara utama meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

2. Galakan dalam bentuk dana atau pembebasan cukai untuk mengubah semula struktur ekonomi perlu diperkuatkan agar setiap sektor tidak didominasi oleh mana-mana kumpulan, tetapi memacu pertumbuhan dan inovasi, serta mengurangkan dominasi mana-mana kaum dalam semua sektor sekaligus mengurangkan jurang kekayaan di kalangan Bumiputera dan bukan Bumiputera, di kalangan Sabah & Sarawak dan Semenanjung.

3. Oleh itu, walaupun belanjawan hanya merupakan peruntukan tahunan, ia perlu seiring dengan sasaran- sasaran utama RMK12 dengan matlamat jelas yang boleh diukur.

4. Tindakan radikal perlu ada untuk meningkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera yang ingin melihat perubahan berdasarkan pola pemilihan mereka pada PRU yang lepas. Peruntukan yang besar pada agensi yang memperjuangkan agenda Bumiputera tidak cukup.

5. Kita perlu cara dan kaedah baru bagaimana Belanjawan kali ini dapat memberi kesan yang segera pada Komuniti Ekonomi Bumiputera yang sudah jemu dengan slogan tetapi gagal dalam kejayaan yang diimpikan.

6. Mengenal pasti pasaran atau peluang dalam sektor baharu atau berteknologi tinggi untuk membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing adalah penting supaya ekosistem perniagaan akan memastikan kemajuan dan peningkatan modal dan pembangunan kemampuan yang sebenarnya. Gejala Ali Baba perlu dihapuskan dan rasuah perlu dinyahkan agar ketirisan tidak berulang yang menjahanamkan agenda, meningkat jurang kekayaan antara rakyat Malaysia.

Sekian Terima Kasih.

Ahmad Yazid Othman
Felo Kanan
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: