Antarabangsa

Dunia Telah Mengecewakan Gaza – Wakil PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 30 Oktober 2023 – Masyarakat antarabangsa setakat ini gagal memenuhi tugas asas kemanusiaannya dan melindungi orang awam di Gaza, yang masih berterusan dan teruk di bom oleh rejim Israel, kata Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan Martin Griffiths pada hari Khamis.

Bantuan kemanusiaan yang dijanjikan oleh kerajaan dan pelbagai organisasi bantuan hampir tidak sampai kepada penduduk Gaza. Kata-katanya itu dibuat ketika badan antarabangsa itu terpaksa mengurangkan operasi bantuan kemanusiaannya di kawasan Palestin kerana kekurangan bahan api.

Kemasukan bantuan bahan api telah dihalang daripada memasuki Gaza sejak serangan 7 Oktober, dengan alasan bahawa ia boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan serangan oleh Hamas. Malah menurut BBC, bahan api dijangka akan kehabisan dalam masa terdekat.

Griffiths yang juga penyelaras bantuan kecemasan PBB, sebelum ini telah mengkritik arahan Israel terhadap warga Gaza untuk berpindah, kerana ia melanggar peraturan perang dan asas kemanusiaan.

Rejim Israel memaksa orang awam yang ketakutan dan trauma keluar dari rumah mereka di tengah-tengah pengeboman tanpa jeda dalam pertempuran dan tanpa sokongan kemanusiaan, adalah berbahaya dan keterlaluan, katanya.

Peraturan perang adalah jelas, dengan menyatakan bahawa orang awam mesti dilindungi dan mempunyai keperluan untuk terus hidup, di mana sahaja mereka berada dan sama ada mereka memilih untuk berpindah atau tinggal, tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: