Antarabangsa

Emma Watson Berdiri Bersama Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

WASHINGTON, 04 Januari 2022 – Seorang lagi bintang popular Hollywood, Emma Watson menyuarakan sokongannya terhadap Gerakan Membebaskan Palestin.

Hantaran dalam Instagram pelakon yang popular dengan watak Hermione Granger dalam siri filem popular, Harry Potter itu mendapat banyak sokongan daripada pengguna media sosial yang pro-Palestin.

Dua hari lalu, Gaza kembali diserang dengan pesawat perang Israel menyasarkan tapak Briged al-Qassam, barat Khan Yunis di selatan Gaza.

Emma menyiarkan semula gambar Bad Activist Collective memaparkan dengan jelas aktivis pro-Palestin berarak dengan perkataan “Solidarity is a verb” (solidariti itu kata kerja).

Beliau turut menyelitkan petikan daripada sarjana British-Australia Sara Ahmed, yang berbunyi, “Solidariti tidak bermaksud perjuangan kita adalah perjuangan yang sama, atau kesakitan yang dirasai adalah yang sama, atau harapan kita adalah demi masa depan yang sama. Solidariti melibatkan komitmen, dan usaha, serta pengiktirafan bahawa walaupun kita tidak mempunyai perasaan yang sama, atau kehidupan yang sama, atau tubuh yang sama, tetapi kita hidup di tempat yang sama.”

Hantaran artis yang aktif dalam gerakan kemanusiaan itu mendapat pujian meluas daripada pengguna Instagram pro-Palestin, dengan beberapa orang mengucapkan terima kasih atas sokongannya dan menyiarkan emoji bendera Palestin di bahagian komen, kebanyakannya dengan hashtag #FreePalestine dan #PalestineWillBeFree.

November tahun lalu, lebih seratus selebriti Hollywood menerusi satu surat terbuka telah bangkit bersama-sama mengecam tindakan Israel yang mengkategorikan enam pertubuhan hak asasi manusia Palestin sebagai “organisasi pengganas”.

Kebangkitan yang dinamakan sebagai “Hollywood letter” itu adalah amaran terbaharu terhadap pencabulan Israel ke atas rakyat Palestin.

Antara yang menandatangani surat itu adalah pelakon “The Hulk” Mark Ruffalo, pelakon “Pretty Woman” Richard Gere, pelakon “The Chronicles of Narnia” Tilda Swinton, Susan Sarandon dan Simon Pegg.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: