Tempatan

Hanya Fikir Hak Pondan, SUHAKAM Mesti Rasional – Mufti Perlis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PERLIS, 15 Oktober 2021 – “Dia sebagai satu orang yang bekerja dengan organisasi tentang right, kenapa dia hanya mampu berfikir sekadar hak kepada transgender saja ataupun hak mak nyah ataupun pondan sahaja?”

“Kenapa dia tidak mampu untuk berfikir tentang hal orang-orang yang duduk di dalam masjid yang datang untuk beribadat dengan selesa,” kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulas kenyataan Pegawai Undang-Undang SUHAKAM yang baru, Afiq Mohamad Noor yang dilihat menolak fatwa larangan mak nyah ke masjid.

“Kita bukan halang dia masuk tetapi kita halang penampilan dia itu.”

Dr Asri berkata, jika seseorang cikgu tidak membenarkan seorang pelajar yang berpakaian tidak sopan masuk ke dalam kelas, adakah bererti cikgu itu telah menghalang hak seseorang itu untuk belajar?

“Kita menghalang seorang ahli Parlimen dengan pakai kain pelikat, pakai baju panas sahaja masuk dalam Parlimen, adakah kita menghalang hak seorang ahli Parlimen untuk dia ‘excersice’ kan hak dia untuk berucap ataupun hadir di dalam Parlimen?”

“Ini bukan soal menghalang hak tetapi soal manusia mempunyai adab dan sopannya. Kalau kita halang seorang guru masuk dalam kelas dengan pakaian bikini, adakah kita halang satu orang guru untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dia. Ini semua adalah perkara simple untuk difahami oleh manusia.”

Beliau berkata, amat dukacita kalau satu orang yang bekerja di satu organisasi yang memperjuangkan right tetapi tidak dapat memahami hal-hal yang seperti ini.

“Kita sebut tentang uruskan jenazah dan dia boleh uruskan jenazah tetapi mengikut jantinanya. Bahkan kita katakan golongan transgender ini boleh menjadi wali jika lelaki itu memenuhi syarat-syaratnya.”

“Dan ini adalah perkara yang saya ingin sebut, mengulas tentang pegawai yang seperti ini, saya tidak mahu sebut SUHAKAM kerana dia tidak gunakan nama SUHAKAM.”

“Tapi saya ingin menasihatkan ataupun memberi pandangan pada SUHAKAM supaya rasional dalam hal yang seperti ini.”

“Pilih pegawai yang bersesuaian untuk bercakap dan memberikan pandangan kerana akhirnya akan hilang kewibawaan kepada badan yang mempertahankan hak tapi nampaknya tempang di dalam memperkatakan tentang hak.”

“Dia hanya fikir tentang hak pondan dan mak nyah sahaja, dia tidak fikir hak-hak orang lain yang mana juga nak hidup.”

“Kita bukan haramkan dia masuk masjid, kita haramkan dia masuk masjid dalam keadaan kecelaruan jantina itu.”

Jelasnya, ini bukan soal menghalang hak, kalau seorang lelaki pakai pakaian perempuan masuk dalam masjid pergi duduk sebelah perempuan, jangan fikir hak dia sahaja, fikir juga hak jemaah perempuan itu yang ada 100 orang, 20 orang ataupun 50 orang dalam masjid yang hendak bersolat.

Ujarnya, kalau semua orang kira hak, dia pakai baju perempuan walaupun dia lelaki, maka hak dia untuk masuk tandas perempuan, binasalah peraturan alam ini.

“Maka, kalau berlaku kes-kes yang berbagai-bagai, apa dia nak kata, adakah perempuan juga apabila sekiranya dia hanya pakai seluar jean pakai tuck in kemudian belah rambut tepi ke, tengah ke, kemudian potong rambut pendek boleh masuk tandas lelaki kerana nak memikirkan hak dia untuk dia pergi ke tandas mana-mana tanpa memikirkan hak orang lain yang menggunakan hal yang sama.”

“Masjid bukan sahaja pondan yang nak masuk, masjid ada jemaah dia. Lelaki masuk bahagian lelaki, perempuan masuk bahagian perempuan. Mereka bukan diharamkan masuk ke dalam masjid kerana mereka itu merupakan lelaki ataupun perempuan.”

“Mereka diharamkan masuk masjid kerana penampilan mereka yang salah. Ubah penampilan lelaki jadi lelaki, perempuan jadi perempuan mereka boleh masuk mana-mana masjid dengan biasa bahkan mereka dialu-alukan untuk masuk ke masjid.”

Dr Asri berharap pegawai dan badan berkenaan mengambil nota di atas apa yang beliau sebutkan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: