Antarabangsa

Sedar ‘Risiko’, Malaysia Terus Perjuangkan Nasib Rakyat Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 23 Oktober 2023 – Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin meskipun sedar akan ‘risiko’ perjuangannya.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus menonjolkan perjuangan negara Islam itu di pentas antarabangsa kerana isu Palestin adalah isu kemanusiaan.

Tegas beliau, “Ya, saya tahu ada banyak risiko. Saya tidak mempunyai sebarang pilihan kerana terdapat pembunuhan kanak-kanak dan wanita.”

Memetik laporan media tempatan, ketika ditanya sama ada Malaysia akan membuat aduan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung jenayah rejim itu, Anwar menjawab, “Kami tidak mahu bersendirian. Saya percaya semua negara perlu bersatu untuk mencari penyelesaian untuk rakyat Palestin.”

Beliau seterusnya menekankan bahawa Tel Aviv perlu ditekan untuk menghentikan jenayahnya terhadap Gaza.

“Jika dibiarkan, kejatuhan itu akan memberi kesan teruk kepada keselamatan serantau. Kita perlu melibatkan negara lain.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: