Antarabangsa

Lagi Beberapa Bulan, Hamas Akan Lenyap – Menteri Pertahanan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 23 Oktober 2023 – Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant memberitahu anggota Tentera Udara negara itu pada Ahad lalu bahawa pencerobohan darat rejim Israel ke atas Gaza perlu menjadi gerakan terakhir yang akan melenyap dan memusnahkan benteng terakhir Hamas.

Tentera rejim Israel telah memanggil kira-kira 360,000 anggota simpanan dan mula merangka rancangan untuk menyerang Gaza. Walaupun sebelum itu Gallant telah menyatakan beberapa kali bahawa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bersedia untuk melancarkan operasi sedemikian. Namun, perintah terakhir untuk menyerang masih belum diberikan.

Sumber tentera Israel memberitahu Times bahawa cuaca mendung menghalang perancangan untuk operasi pencerobohan darat itu, manakala laporan media lain menyebut risiko kerugian besar atau campur tangan Israel oleh militan Hizbullah.

Pada Jumaat lalu, Bloomberg melaporkan bahawa AS dan beberapa sekutu Eropahnya mendesak Israel untuk menangguhkan operasi pencerobohan darat itu sehingga rundingan bagi membebaskan lebih banyak tebusan dapat dilakukan.

Sementara itu, pesawat rejim Israel telah menggempur Gaza selama lebih dua minggu. Bercakap kepada pemberita pada hari Sabtu, jurucakap IDF Daniel Hagari berkata bahawa kempen udara akan dipergiatkan menjelang operasi pencerobohan darat.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kempen pengeboman Israel telah menyebabkan kemusnahan meluas di Gaza, dan telah menyebabkan hampir 4,700 orang di kawasan itu mati dan lebih 14,000 cedera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: