Tempatan

Pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani Jam 4 Petang Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2023 – Belanjawan 2023 Malaysia Madani akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada jam 4 petang, hari ini.

Semalam, beliau telah pun menyembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berhubung Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

BACA JUGA: Kem Terendak Tiada Air, Terdedah Hakisan Pantai

BACA JUGA: SPRM Bukan Alat Politik – Azam Baki

BACA JUGA: Beberapa Jalan Di Kuantan Ditutup Esok

Memetik sebuah laporan berita tempatan, sebarang ketetapan berhubung pelaksanaan bantuan tunai langsung dalam usaha menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat akan diumumkan dalam Belanjawan 2023 ini.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan komited dalam memastikan bantuan tunai disalurkan kepada golongan sasar serta mereka yang mendepani cabaran kos sara hidup.

Belanjawan ini merupakan belanjawan sulung bagi Perdana Menteri sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan pada November tahun lalu.

Pada Disember tahun lalu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Bajet Mini yang intipatinya meliputi Bayaran Tunai Rakyat, bantuan awal persekolahan, Bantuan Khas Kewangan serta Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: