Tempatan

Ajaran Sesat SiHulk: Tiada Kawasan Khusus Dikesan Di Selangor – KP Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 02 Ogos 2023 – Semakan mendapati, tiada kawasan khusus aktiviti ajaran berkenaan dikesan di negeri ini, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau melaporkan, pihaknya telah menerima sebanyak 17 laporan berkaitan aktiviti kumpulan ajaran sesat SiHulk di Selangor.

BACA JUGA: Dakwa Rayuan Kalimah Allah Digugurkan Kerana DAP, Saifuddin Tegur Muhyiddin

BACA JUGA: Malaysia Komited Perangi Sentimen Islamofobia, Lindungi Kitab Suci Al-Quran

BACA JUGA: Pemuda Singapura Didakwa Tendang Warga Emas Etnik India

“Sebanyak 17 laporan polis diterima tahun ini, bagaimanapun angka keseluruhan laporan diterima adalah sebanyak 32 membabitkan negeri ini bagi tempoh beberapa tahun lalu.”

“Laporan yang kita terima membabitkan aktiviti (ajaran) ini adalah pada awal tahun ini.”

Walau bagaimanapun, siasatan mendapati pengikut ajaran itu berkemungkinan berpangkalan di luar negara selepas mereka melarikan diri dari negara ini.

“Mereka sekarang ini sudah menghilangkan diri dan sebagainya. Kita percaya mereka tidak berada di Selangor.”

“Mereka yang sudah dikenal pasti untuk tindakan tangkapan mungkin berada di luar negara,” kata beliau lagi.

Awal bulan lalu, umat Islam di negara ini dikejutkan dengan video tular yang dihasilkan oleh pengikut ajaran sesat SiHulk yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu adalah Allah.

Empat individu dipercayai pengikut ajaran itu diburu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan tularnya video tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: