Tempatan

Wakil DAP Mahu Kerajaan Mansuhkan AUKU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TANAH RATA, 07 Februari 2023 – ADUN Tanah Rata DAP, Ho Chi Yang menggesa Kerajaan Perpaduan agar memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 demi “menjamin secara institusi” autonomi pelajar di pusat pengajian tinggi.

Beliau juga turut menggesa pelaksanaan “proses demokratik” dalam pelantikan naib canselor, ahli lembaga pengarah dan dekan fakulti di universiti bagi mempromosi demokrasi di kampus.

“Sejak kerajaan Barisan Nasional ketika itu melaksanakan Auku pada 1971, ramai pelajar, malah ahli akademik yang berani bersuara mempersoal pihak berkuasa dikenakan hukuman,” katanya lagi menurut laporan sebuah portal tempatan.

“Kesannya, ketakutan yang diterap undang-undang drakonian berdekad lamanya itu telah menjejaskan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia.”

BACA JUGA: Augustus 382BC Dapatkan Besi Kedah Untuk Bina Jalan Di Eropah

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye-Syria: Ribuan Maut, Tiada Laporan Babitkan Warga Malaysia

BACA JUGA: Tambak Laut, Bina Pelabuhan, Jejas Pendapatan Nelayan

Tambah ADUN DAP yang turut mengetuai biro hal ehwal universiti Pemuda DAP, melindungi universiti daripada campur tangan politik memberikan ruang selamat kepada pihak pengurusan, ahli akademik dan pelajar menggunakan ilmu dan kemahiran mereka untuk mengkritik dan memberi maklum balas mengenai dasar Kerajaan.

Justeru, Putrajaya mesti menghapuskan AUKU apatah lagi ia tidak sejajar dengan aspirasi kerajaan hari ini merombak sistem pendidikan tinggi kebangsaan, dakwa Ho Chi Yang lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: