Antarabangsa

Rai Morocco Kalahkan Portugis, Rejim Haram Aparteid Israel Serang Penduduk Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 13 Disember 2022 – Tular sebuah video yang merakamkan perbuatan rejim haram aparteid Israel telah menyerang penyokong Palestin yang sedang meraikan kemenangan Morocco dengan menewaskan Portugis, 1-0 dalam perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini.

Video yang mencapai 232 ribu tontonan itu memaparkan beberapa orang tentera rejim haram aparteid Israel mengepung dan ada di antaranya memukul penyokong menggunakan besi pemukul.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pukulan tersebut telah terkena pada dua orang penyokong Palestin yang cuba lari menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kecederaan serius yang dilaporkan.

Seterusnya, kemenangan hebat Morocco yang tular seantero dunia tersebut sekali gus menjadikannya sebagai sebuah negara Arab pertama yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2022.

Ini bermakna, yang berlangsung pada 15 Disember ini akan menampilkan pertembungan di antara Morocco menentang Perancis jam 03:00 pagi waktu tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: