Antarabangsa

Dibakar Hidup-Hidup Selepas Dibelasah Kerana Disyaki Makan Daging Lembu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PATNA, 04 Mac 2022 – Seorang lelaki Muslim dibakar hidup-hidup selepas didakwa makan daging lembu, haiwan yang dianggap suci oleh puak Hindu.

Ini selepas muncul sebuah video menunjukkan mangsa, Mohammed Khalil Alam dibelasah dan dipersoal mengenai daging lembu, beberapa hari selepas mayatnya ditemui dalam keadaan hangus terbakar di daerah Samastipur di Bihar.

Dalam video tersebut, Khalil Alam dilihat dipukul dengan kejam dan ditanya mengenai sudah berapa banyak dia memakan daging lembu dan dari mana dia memperolehnya.

“Kami tidak tahu mengapa dia diculik dan dibunuh. Kami mahu siasatan peringkat tertinggi untuk mengetahui punca sebenar mengapa dan bagaimana dia dibunuh. Kerajaan harus memberikan pampasan kepada kami,” kata Nemat Khatoon, isteri kepada mangsa.

Adik mangsa, Mohammad Shakeel berkata, keluarganya masih bersedih atas pembunuhan Khalil Alam.

“Apa yang boleh kami katakan? Tertuduh mempunyai keberanian untuk menyiarkan video sedemikian, memintanya mendedahkan siapa yang menyembelih lembu dan menjual daging lembu di dalam negara. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat sama ada Khalil telah dibunuh dan menyiasat punca di sebalik pembunuhannya.”

Mayat Khalil Alam ditemui hangus dengan kesan luka dalam di beberapa bahagian pada 19 Februari 2022, beberapa hari selepas kehilangannya.

“Penyerang mungkin cuba membakar mayat sebelum menanamnya,” kata seorang anggota polis tempatan.

Pihak polis walau bagaimanapun mendakwa bahawa motif pembunuhan Khalil Alam adalah kerana wang.

“Ya, kejadian itu berlaku kerana wang dan bukan perkara lain. Saya sendiri menyoal siasat mereka yang ditahan berusia antara 18 dan 20 tahun,” dakwa Superitendan Samastipur, Hriday Kant.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: