Tempatan

Perlahan Azan Masjid: Wakil UMNO P. Pinang Minta Polis Siasat Laporan Samudera.my

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 02 Julai 2023 – Berikutan laporan samudera.my mengenai kejadian provokasi melibatkan Masjid Jamek Sungai Puyu Pulau Pinang semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh Mohamed Jaafar bin K.S. Mohd Abu Backer, Setiausaha UMNO di Pulau Pinang meminta supaya laporan media itu disiasat.

Samudera.my sebelum ini melaporkan kejadian melibatkan provokasi seorang pemuda Cina yang mengarahkan ahli Jemaah Masjid Jamek Sungai Puyu, memperlahankan azan di masjid tersebut. Berikutan kejadian itu, dua laporan polis telah dibuat di dua balai polis berasingan di Pulau Pinang.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh Mohamed Jaafar, beliau mahu laporan samudera.my itu disiasat kesahihannya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan.

“Saya telah tengok satu blog dalam Whatsapp Samudera.my berkenaan isu laporan polis mengenai isu arah Masjid Sungai Puyu Butterworth perlahan azan seperti yang terdapat di dalam blog tersebut. Saya mohon daripada pihak PDRM untuk siasat kesahihan isu ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian laporan saya.”

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Butterworth.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: