Antarabangsa

Isu Amang Seksual Di Gereja, Pope Ulang Ketegasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LISBON, 05 September 2022 – Pemimpin tertinggi Katolik, Pope Francis dalam sebuah wawancara bersama sebuah saluran television Portugis pada Ahad lalu menyatakan bahawa Gereja Katolik mestilah menunjukkan “sifat toleran” terhadap perbuatan amang seksual yang dilakukan oleh ahli gereja.

“Ini sangat jelas, tiada toleransi sama sekali,” ujar beliau dalam sebuah sesi wawancara.

Beliau juga menyatakan bahawa seorang paderi tidak boleh memegang jawatan tersebut jika dia adalah seorang penyerang (seksual). Beliau juga menyifatkan individu yang melakukan perbuatan amang seksual itu sebagai seorang yang sakit, ataupun seorang penjenayah.

Penyiasatan bebas terhadap kes-kes amang seksual dalam kalangan ahli Gereja Katolik di Portugal telah berjaya mengumpulkan testimoni daripada sekitar 400 individu, ujar ketua penyiasat, Pedro Stretch yang juga merupakan seorang ahli psikiatri kanak-kanak.

Berdasarkan siasatan tersebut, 17 kes telah dibawa ke muka pengadilan dan keputusan kes-kes tersebut akan dibuat pada hujung tahun ini.

Pope Francis telah beberapa kali bertegas terhadap isu amang seksual dalam kalangan ahli gereja. Malah beliau juga telah menubuhkan The Pontifical Commission for The Protection of Minors pada 2014 dalam usaha menangani isu berkenaan amang seksual ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: